Khamis, 18 April 2013

ADAKAH ANDA MERASAKAN ANDA LAYAK DIGELAR WINABLE CANDIDATE...????

Kepada Calon Calon Barisan Nasional terutama dalam Parlimen P135 Alor Gajah, Melaka....
PERTAMA : Tahniah aku ucapkan kerana terpilih sebagai calon....!!! 
KEDUA : Adakah anda merasakan anda layak digelar WINABLE CANDIDATE...???? Kalau iya, TAHNIAH aku ucapkan kepada anda semua...!!!! Kalau TIDAK...??? erm..... aku pasti korang tidak akan berkata 'TIDAK'.... :)

Mari sama sama kita teruskan 'PERJUANGAN' ini....!!!!









Ahad, 14 April 2013

P135 ALOR GAJAH : WINABLE CANDIDATE VS WINCABLE CANDIDATE...APAKAH JANJI AKAN DITEPATI..???

Dengan tema RAKYAT DIDAHULUKAN...MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN, setakat ini YAB DS Najib telah berjaya meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional sentiasa mengotakan dan melaksanakan segala janji yang telah dibuat kepada rakyat...Ermmm.... so far so good...!!! 
Sekarang ni dah nak masuk FASA 2 yang ditunggu tunggu oleh semua orang iaitu hari dimana DS Najib akan mengumumkan senarai Calon Winable Candidate Barisan Nasional yang akan bertanding pada PRU13 kali ini. Apakah JANJI ini juga akan diTEPATI oleh YAB Perdana Menteri kita atau hanya sekadar PENYEDAP HALWA TELINGA saja...
Kali ini aku nak fokus kepada Calon Barisan Nasional bagi P135 Alor Gajah, Melaka mengikut persepsi aku sendiri sebagai pengundi di parlimen ini.

CALON WINABLE CANDIDATE
  

Ini adalah Ybhg Datuk Koh Nai Kwong. Setiausaha MCA Negeri Melaka. Lahir pada tahun 1961 dan bekas seorang lawyer. Beliau adalah merupakan Calon yang disebut sebut untuk bertanding di Parlimen Alor Gajah, Melaka. Beliau telah bergerak mendekati jentera PRU13 Parlimen Alor Gajah dan juga pengundi2 lebih daripada 6 bulan yang lalu dan ternyata sekarang beliau begitu disenangi oleh UMNO, MCA, MIC, PPP, golongan muda serta rakyat@pengundi di sini dan aku yakin memang tiada masalah sekiranya beliau menjadi calon.

bersama UMNO Bahagian Alor Gajah

bersama MCA Bahagian Alor Gajah


bersama PPP Bahagian Alor Gajah

 bersama MIC Bahagian Alor Gajah

 bersama Pemuda Bahagian Alor Gajah

bersama pengundi Parlimen Alor Gajah

So kalau Jentera UMNO dan komponen Barisan Nasional sudah serasi dengan Datuk Koh nie dan pengundi pun dah boleh menerima beliau...buat apalah kita nak CIPTA MASALAH dengan CALON WINCABLE CANDIDATE  kat bawah nih...!!!!

CALON WINCABLE CANDIDATE



Wong Nai Chee...???? Saper nih...???!!!! Tak kenal punnnn...!!!! So janganlah nak menyibuk nyibuk datang kat Parlimen Alor Gajah nie okkkkk...!!!!


Aku harap YAB DS Najib dapat membezakan antara calon Winable Candidate dengan Calon Wincable Candidate...almaklumlar, ramai yang mendakwa mereka Calon Winable Candidate dengan cuba menonjolkan prestasi kerja mereka tetapi hakikatnya mereka tidak IKHLAS berkhidmat kepada rakyat....kata orang permukaan saja nampak cantik tapi dalam makkk aaaiiii..!!!!.macam longkang bro...!!!!

psssttt....Maap yer...dah lama aku tak update blog nih...!!!!  8-)


Sabtu, 19 Januari 2013

KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN DI INDONESIA...!!!!




Teman nak berkongsi pengalaman seorang sahabat yang pernah tinggal dan belajar di Indonesia. Sahabat ini ingin berkongsi pengalaman mengenai penggunaan Kalimah Allah yang digunakan oleh agama Kristian di Indonesia. Baca dengan berlapang dada.


Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..



Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

wakakaka..


Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

SELANJUTNYA DISINI.


Inilah dia kesan jangka panjang penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian di Indonesia....!!! sudah pasti penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian ini akan  DILULUSKAN sekiranya Pakatan Haprak ini mentadbir negara (nauzubillah) kerana ketika itu PASpispus tidak akan dapat berbuat apa apa untuk menghalangnya. Apakah ahli ahli PASpispus sudah 'BERSEDIA' untuk dipersoalkan oleh Allah swt  diakhirat kelak dan bertanggungjawab dengan 'trajedi' ini kerana merekalah yang telah memungkinkan Pakatan Haprak menang dan seterusnya akan meluluskan penggunaan Kalimah Allah untuk Kristian di negara Malaysia yang tercinta ini...

psstt...FIKIR FIKIRKANLAH WAHAI AHLI PAS.....!!!