Projek Perintis Guru Bekerja 9 Jam yang sedang dilaksanakan di Sarawak akan bakal diperluaskan di Melaka, Pahang dan Johor. Difahamkan seramai lebih 5,000 orang Guru dan 104 buah sekolah diseluruh negara akan terbabit dalam projek perintis tersebut dngan guru sebelah pagi bertugas di sekolah mulai pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan guru sebelah petang bertugas mulai pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Erm...aku pun tak faham apa yang sebenarnya ingin DIBUKTIKAN oleh kementerian terbabit dalam hal ini. Apakah orang yang mencadangkan perkara ini saja nak TUNJUK PANDAI atau nak 'SABOTAJ' Barisan Nasional ...? Aku nie faham gak skit2 bebanan yang di TANGGUNG oleh cikgu cikgi nie kerana kawan aku pun ramai jugak terdiri daripada kalangan guru...kalu korang tak KUATKUASAKAN Guru bekerja 9 jam...diaorang memang pun dah bekerja 9 jam atau mungkin lebih dari itu..
Meh sini aku senaraikan apa yang aku ingat tugas2 sebagai guru nie..
1. Menyediakan rancangan mengajar termasuk alat bantu mengajar.
2. Mengajar sekurang kurangnya 3 kelas sehari dan juga menjadi Guru Kelas.
3. Menjadi kerani tak bergaji (isi data, masuk data)
4. Semak kerja murid (semak buku, semak kertas jawapan ujian/peperiksaan)
5. Menjadi guru penasihat persatuan/kelab/sukan.
6. Menjadi jurulatih sukan/badan beruniform yang kekadang terpaksa dilakukan di luar waktu kerja atau hujung minggu.
7. Memegang jawatan Setiausaha/Bendahari/AJK dalam PIBG sekolah yang sudah semestinya memerlukan komitmen untuk mencari dana persatuan.
8. Jadi Guard mengawal lalu lintas dengan memegang sepanduk tanda 'BERHENTI".
9. Bawa murid ke klinik atau hospital jika murid sakit yang akan memakan masa berjam jam menanti giliran di hospital/klinik.
10. Mengawal disiplin murid murid.
dan bermacam macam lagik...!!!
so...korang agak2 diaorang nie POWER RANGERS ker??? atau sebagai Pusat Penjagaan Kanak2 supaya senang bagi ibu bapa yang bekerja dimana diaorang bule terus ambil anak2 diaorang bila balik kerja waktu petang kerana aku rasa2 lar lepas nie sessi persekolahan pulak akan dipanjangkan sampai waktu petang ..
Sekarang nie...bagi sekolah rendah sajer ada lebih kurang 219,766 orang guru, sekolah menengah pula ada 166,265 orang guru dan jumlah keseluruhan bukan guru adalah seramai 84,947 dan mereka ini berada diserata PELUSUK negara...korang campur lagi bilangan bakal2 guru yang kat 27 buah Maktab Perguruan diseluruh negara...agak2 lar BERAPAKAH BILANGAN PENGUNDI dari kalangan profesion PERGURUAN ini..?? ..yang KESEMUANYA memang tidak bersetuju dengan tindakan kementerian melaksanakan projek perintis ini apatah lagi meluluskannya....ADA 1/2 JUTA tak..???
AGAK2 DIAORANG NAK UNDI BN KER..??? dan harus diingat bahawa guru adalah golongan yang begitu DIHORMATI oleh masyarakat terutama yang di kampung2 nie...TIDAK MUSTAHIL guru2 ini bakal MEMPENGARUHI masyarakat disekeliling mereka sebagai tanda PROTES...
SOOO...KALU TAKDER MASALAH...JANGANLAR KITA CARI MASALAH BRO...!!!!
psstt.. Aku harap Kementerian Pendidikan Malaysia menghentikan "UJIKAJI" ini... guru bukanlah TIKUS PUTIH sebagaimana yang terdapat dimakmal2 ujikaji okkk..??? Kalu tugas guru hanya mengajar sajer mungkin perkara ini bule di laksanakan..Ini tidak...!!! semua tugas guru kena buat...dari jadi budak pejabat hinggalah jadi kerani...erm alahai..!!!









