UMUM mengetahui bahawa di dalam 'peperangan' GERAK SARAF PERANG SARAF yang dilakukan oleh PARTI PARTI POLITIK di Malaysia ini, diantara kaedah BARU yang digunapakai adalah menerusi MEDIA SOSIAL seperti BLOG, FACEBOOK dan TWEETER. MEDIA SOSIAL adalah satu PLATFORM yang PALING POPULAR masakini kerana ianya adalah MURAH, MUDAH dan AMAT BERKESAN
MURAH : kerana kita tidak memerlukan BELANJA yang banyak sepertimana kaedah KONVENSIONAL Kalau kita nak menyampaikan sesuatu maklumat kepada pengundi, kebiasaannya kita akan menggunakan FLYERS dan RISALAH2 serta pergi dari rumah ke rumah untuk menyampaikannya. Abis takkan nak antar FLYERS dan RISALAH sajer..!!!...kurang2 pun ada juga BUAH TANGAN yang harus diberi kepada sipenerima flyers tuh..!!!..tetapi menerusi MEDIA SOSIAL ianya tidak memerlukan MODAL..!!!
ADA BETULLL...???
MUDAH : Maklumat boleh dihantar dengan MUDAH dan PANTAS dengan satu kali KLIK sahaja dan ianya TERUS ke SASARAN..!!!..so tak payah kita nak BERGERAK dari rumah ke rumah menghantar maklumat tersebut sebagaimana kaedah KONVENSIONAL.
ADA BETULLL...???
BERKESAN : Si penerima boleh MEMBACA maklumat tersebut pada bila bila masa dia free dan dia boleh membacanya BERULANGKALI dan MENILAIKANNYA..
ADA BETULLL...???
Ermm...Mengikut PERANGKAAN untuk tahun 2008, terdapat 62.6% daripada penduduk di Malaysia ini menggunakan INTERNET. Oleh itu 62.6% penduduk Malaysia yang menggunakan internet adalah bersamaan dengan 17,358,166.2 penduduk Malaysia.. RAMAI KAN..???
Apakah LAMAN WEB yang paling ramai DIKUNJUNGI...??? Jawapannya adalah FACEBOOK...!!!
...dan korang PERASAN tak di RANKING ker 6 tuh apa yer..??? itu adalah ranking untuk BLOG...!! jadi ternyata BLOG BLOG dan para BLOGGERS juga AMAT BERPENGARUH didalam ALAM CYBER nih...!!! BLOG dan FACEBOOK adalah umpama AUR dengan TEBING (mcm tu lar lebih kurang..!!) kerana ianya berkait rapat diantara satu sama lain..
BLOG adalah umpama KEDAI MAKLUMAT dan FACEBOOK adalah SALESMAN nya...maklumat di blog disalurkan ke facebook dan secara PANTAS maklumat itu 'DIJUAL' kepada setiap 'RAKAN' di dalam facebook...
DS NAJIB amat MENYEDARI kekuatan SENJATA BARU ini dan itu sebablah kita dapat melihat beliau telah melancarkan UNIT MEDIA BARU UMNO serta mengadakan JELAJAH KONVENSYEN MEDIA SOSIAL sebagai tanda PENGHARGAAN kepada mereka...!!! DS NAJIB begitu MENJAGA KEBAJIKAN dan KEPERLUAN Pengamal2 Media Sosial ini dan sentiasa PRIHATIN terhadap BLOGGERS, FACEBOOKERS dan TWEETERIANS...
Tetapi adakah kesemua KEPIMPINAN TERTINGGI BN di semua PERINGKAT menyedari KUASA BARU ini..???
Aku PERNAH menyuarakan PENDAPAT ini tetapi TIDAK MENDAPAT RESPON yang sewajarnya...!!! Maka itulah aku BERGERAK secara SENDIRIAN BERJUANG DI ALAM CYBER ini...!!! Alangkah BAGUSnya mempunyai satu kumpulan CYBERTROPPERS yang boleh duduk BERBINCANG,MENYUSUN STRATEGI serta mencari MAKLUMAT di seluruh pelusuk Bahagian dan MENANGKIS KEMBALI serangan2 yang dilakukan oleh PUAK2 PEMBANGKANG didalam Bahagian menerusi MEDIA BARU ini...!!!
Didalam Parlimen Alor Gajah sendiri, terdapat hampir 40% atau 24,269 daripada 60,987 adalah pengundi MUDA dibawah umur 40 tahun dan kebanyakan mereka pada setiap hari akan melayari laman FACEBOOK..!!! Ini adalah satu jumlah yang BESAR bro ...!!!
Ermm...mungkin korang berasa agak PELIK kerana apa yang aku MEMBEBEL diatas macam takder kena mengena dengan TAJUK aku kali ini...!!! Aku sengaja MEMBEBEL sekadar untuk memberitahu korang BETAPA BESARNYA PENGARUH MEDIA SOSIAL ini...!!!! Adalah AMAT RUGI sekiranya TIDAK di GUNAKAN SEPENUHNYA...!!!!
UNTUK MAKLUMAN korang, sebagai BLOGGER PRO BARISAN NASIONAL...disamping BERHUJAH menangkis SERANGAN PEMBANGKANG, aku rasa BERTANGGUNGJAWAB juga untuk MEMBERI PENDAPAT terhadap beberapa perkara yang aku TIDAK BERSETUJU....ini adalah amat penting sebagai CHECK AND BALANCE supaya PAKATAN PEMBANGKANG tidak mempunyai RUANG untuk MENGEKSPLOITASIKAN keadaan...!!! Bukan NIAT untuk MENGAJAR tetapi dengan NIAT SAYANGKAN UMNO@BARISAN NASIONAL...ITU SAJERRR...!!!
Tetapi nampaknya NIAT aku ini telah DISALAHERTIKAN dan aku merasa agak KECEWA dengan keadaan ini.
MAKA DENGAN ITU...AKU dengan RASMI nya MENGISYTIHARKAN bahawa.....
LAMAN BLOG TEKOKOPI INI DITUTUP DENGAN RASMINYA MULAI HARI ISNIN 25 JUN 2012...!!!
Sekian...terima kasih...
TEKOKOPI