Teman nak berkongsi pengalaman seorang sahabat yang pernah tinggal dan belajar di Indonesia. Sahabat ini ingin berkongsi pengalaman mengenai penggunaan Kalimah Allah yang digunakan oleh agama Kristian di Indonesia. Baca dengan berlapang dada.
Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan
belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my
respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di
sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)
Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan
membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan.
Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya
Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku
ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita
semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita
semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2
dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung
tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..
Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar
sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada
XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati
Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti
tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..
wakakaka..
Satu lagi cerita aku kat
Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor,
pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu
aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh
kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat..
tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!!
Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli
buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..
SELANJUTNYA DISINI.
Inilah dia kesan jangka panjang penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian di Indonesia....!!! sudah pasti penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian ini akan DILULUSKAN sekiranya Pakatan Haprak ini mentadbir negara (nauzubillah) kerana ketika itu PASpispus tidak akan dapat berbuat apa apa untuk menghalangnya. Apakah ahli ahli PASpispus sudah 'BERSEDIA' untuk dipersoalkan oleh Allah swt diakhirat kelak dan bertanggungjawab dengan 'trajedi' ini kerana merekalah yang telah memungkinkan Pakatan Haprak menang dan seterusnya akan meluluskan penggunaan Kalimah Allah untuk Kristian di negara Malaysia yang tercinta ini...
psstt...FIKIR FIKIRKANLAH WAHAI AHLI PAS.....!!!
psstt...FIKIR FIKIRKANLAH WAHAI AHLI PAS.....!!!




Tiada ulasan:
Catat Ulasan