Jumaat, 4 Januari 2013

PESURUHJAYA PAS MELAKA MENIPU..???? BIARRRR BETULLL...!!!


Turunkan Harga Petrol..???  Pendidikan Percuma...??? Turunkan Harga Kereta..??? Mansuhkan PTPTN...??? Erm...aku pasti korang pun dah pernah dengar 'benda2 nie" dan pihak kerajaan pun dah beri penerangan panjang lebar mengenai isu yang cuba dimainkan oleh Pesuruh Jaya PAS Melaka ini. Erm...Kalau tak pandai SPIN....tak pandai MENIPU...tak pandai BERBOHONG...tak pandai BERJANJI BULAN & BINTANG...bukanlah PEMBANGKANG namanya....!!! ini kira satu lagi taktik DESPRADO Si Adly nie untuk memancing undi terutama dikawasan yang digembar gemburkan dia akan bertanding....

HARGA PETROL
Korang tahu tak...Harga petrol di Malaysia adalah yang KEDUA termurah diantara 7 buah negara jiran di Asia Tenggara selepas Brunei. Sudah tentulah kita tidak boleh menandingi harga petrol di Brunei berdasarkan gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi Negara Brunei yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia. Kalau tidak sudah tentu harga petrol di Malaysia akan menjadi yang termurah di Asia Tenggara. Korang ada pernah dengar orang curi bawa masuk minyak petrol dari Malaysia ke Thailand..??? sudah tentu korang pernah dengar....Ada pernah korang dengar orang curi bawa masuk minyak petrol dari Thailand ke Malaysia..???? Takder kannn,,??? So...secara logiknya sudah tentulah ini membuktikan bahawa harga minyak petrol kita lebih murah dari Thailand...


PENDIDIKAN PERCUMA
Naik tergelak terguling guling bila aku nengok poster "JANJI MANISMU" Si Adly nie bahawa Pakatan Haram nie (aku kata Haram kerana diaorang nie kira 'kawin' tapi tak 'nikah' kerana kata saja bergabung tapi bertanding   guna nama dan bendera sendiri...kehkehkeh...!!!!) Kalau betul nak buat Dasar Pendidikan Percuma dari Tadika sampai ke Universiti...mengapa tak buat dahulu kat negeri Selangor tuh...!!!! Kasilah tunjuk "contoh" dulu baru orang boleh percaya bro...!!! Ini tidak...Tadika PASTI pun korang kenakan yuran gak....korang punya UNISEL pun dah haru biru caca marba dibuatnya sampai tutup asrama dan rugi besau....Bagi aku...adalah lebih wajar pendidikan percuma diberi dari peringkat Tadika ke Sekolah Menengah sahaja. Sekarang pun kita sudah mendapat pendidikan percuma...buku teks percuma...dapat RM100 lagi ...dapat voucher buku dan pelbagai bantuan untuk anak anak kita bersekolah.

TURUNKAN HARGA KERTA
alahai...!!! aku pun malas nak ulas isu nie kerana kita RAKYAT marhaen ini cuma pakai kereta kechik2 jer...dan kita pun bukannya tiap tiap bulan beli kereta baru....10 tahun tak sekali. Lain lah macam Si Adly ni...pakai kereta besau dan mungkin dia bercadang nak beli kereta tiap tiap bulan kot...??? itu yang dia  mintak diturunkan harga kereta...hehehe.....!!! Aku anggap kira okeylar dengan apa yang ada sekarang nih..!!!!

MANSUHKAN PTPTN
Objektif PTPTN adalah bagi memastikan pembiayaan yang efisien disediakan untuk pelajar yang layak mengikuti pengajian di IPTA/S selaras dengan hasrat kerajaan Barisan Nasional agar tiada pelajar yang gagal memasuki IPT kerana masalah kewangan. Ini adalah satu alternatif kepada ibu bapa yang tidak  berkemampuan untuk mendapatkan wang perbelanjaan pelajaran. Kalau taknak bayar senang jer...belajar rajin2 dan jadilah pelajar cemerlang yang memperolehi kelulusan Kelas Pertama. Secara otomatik pinjaman akan menjadi biasiswa...!!!! Tapi kalau asyik berdemo sana sini hingga lupakan tujuan asal ke universiti iaitu untuk BELAJAR memanglar patut korang bayar kerana itu bukan duit mak bapak korang..!!! itu duit RAKYAT bro...!!!! bayar .!!!..jangan tak bayar....!!!!

Kesimpulannya...poster "Tawaran Hebat Asalkan Boleh Berjanji" Pesuruh Jaya PASpispus Melaka ini hanyalah bertujuan untuk MEMANCING UNDI jer bro..!!! Apakah boleh kita andaikan bahawa Si Adly nie sedang BERBOHONG..??? 
Bukankah BERBOHONG itu ciri ciri seorang MUNAFIK sebagaimana firman Allah swt...???


Bohong Adalah Sifat Orang Munafik
Mungkin kita sering mendengar kata munafik di dalam kehidupan sehari-hari kita. Munafik adalah suatu sifat seseorang yang sangat buruk.
Hadits Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).


Berbohong dalam Islam dipandang sebagai salah satu sifat kekufuran dan kemunafikan. Di dalam Al-Qur’an Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan hanyalah mereka yang tidak mengimani (mempercayai) tanda-tanda kekuasaan Allah. Mereka adalah kaum pendusta”. (An-Nahl: 105)


Rasulullah SAW pun menggolongkan mereka yang berbohong termasuk orang-orang yang memiliki kriteria kemunafikan. Beliau bersabda, “Empat hal jika semuanya ada pada seseorang ia adalah munafik semurni-murninya munafik. Jika satu di antara yang empat itu ada pada dirinya maka padanya terdapat satu sifat kemunafikan hingga ia dapat membuangnya; Jika berbicara ia berduta, jika diberi amanah ia khianat, jika berjanji ia melanggar dan jika membantah ia berbohong.”(HR. Bukhori Muslim)

psstt... BOHONG ..JANGAN TAK BOHONG...!!!!.janji dapat UNDI...!!! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan